AKU RELA DIPENJARA ASALKAN BERSAMA BUKU, KARENA DENGAN BUKU AKU BEBAS "MOHAMMAD HATTA"

Kamis, 30 Maret 2017

MENGENAL SOSOK RASULULLAH SAW


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.
Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.

BIODATA RASULULLAH S.A.W:

  1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
  3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
  6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
KARAKTER DAN KEUTAMAAN RASULULLAH

Salah satu karakter Rasulullah saw yang paling menonjol adalah, kemenangan tidak menjagakan dia bangga, hal ini bisa kita lihat di perang badar dan pembebasan kota Makkah (fathu makkah). Dan kekalahan tidak membuat dia putus asa, dapat kita lihat peristiwa perang uhud, bahkan dengan cekatan ia mempersiapkan pasukan baru untuk menghadapi hamru’ul hasad dan pengingkaran perjanjian yang di lakukan kaum yahudi bani quraizah. Dan kewaspadaan beliau selalu mengedek kekuatan musuh dengan teliti mempersiapkan segalanya

Beliau memperlakukan kaum dan pengikutnya dengan tujuan mempererat silaturrahmi dan mempertahankan rasa percaya diri dalam diri mereka. Beliau selalu mengasihi anak-anak kecil dan mengayomi mereka. Berbuat baik kepada fakir miskin, dan terhadap hewan beliau selalu menanamkan rasa kasih sayang dan melarang untuk menyakiti binatang.

Salah satu contoh ras perikemanusiaan Rasulullah saw adalah ketika mengutus pasukan untuk berperang dengan musuh, dia selalu berpesan tidak boleh menyeraang kaum sipil, beliau lebih memilih damai terhadap musuh dari pada berperang. Ketika berperang beliau berpesan tidak boleh membunuh lanjut usia, anak kecil, perempuan, dan menganiaya musuh yang sudah tidak berdaya. Ketika kaum quraisy meminta suaka politik, beliau tidak melakukan boikot ekonomi, bahkan beliau menyepakati import gandum dari yaman, dan beliau juga merelisasikan sebuah perdamaian dunia, melarang berperang kecuali hal yang darurat.

Pada usia empat puluh tahun, beliau diutus menjadi nabi oleh Allah swt. Allah swt mewahyukan kepada beliau al-Quran yang seluruh manusia dan jin tidak mampu untuk menandinginya. Dan Allah swt menamakan beliau sebagai pamungkas para nabi dan memujinya karena kemuliaan akhlaknya.

Beliau hidup di dunia ini selama 63 tahun lebih 4 hari. Menurut pendapat masyhur, beliau wafat senin 12 Rabiul awwal 11 Hijriah di Madinah. Sebagai umat yang sangat mencintai beliau tentu saja kita ingin tau rupa Rasulullah saw. Rasulullah saw tidak berperawakan terlalu tinggi dan tidak pula terlalu pendek. Beliau berperawakan sedang diantara kaumnya. Rambut tidak keriting bergulung dan tidak pula lurus kaku, melainkan ikal bergelombang.

Badannya tidak gemuk, dagunya tidak lancip dan wajahnya agak bundar. Kulitnya putih kemerahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Beliau memiliki bulu lebat didada sampai ke pusar. Telapak kaki dan tangan beliau terasa tebal. Bila beliau berjalan, berjalan dengan tegap seakan-akan beliau turun ke tempat yang rendah. Bila beliau berpaling maka seluruh badan beliau ikut berpaling, diantara kedua bahunya terdapat khatamum nubuwah yaitu tanda-tanda kenabian, ucapan beliau adalah ucapan paling benar di antara semua orang.

Dan beliau haram di gambarkan dalam bentuk patung, kartun ataupun gambar ilustrasi. Namun yang pasti, setiap orang yang menceritakan sifat beliau  pastilah berkata “Belum pernah aku melihat sebelum dan sesudahnya orang seistimewa beliau” (Diriwayatkan oleh Ahmad bin Ubaidah Ad Dlabi Al Bashri).

Michael hart dalam bukunya “100 orang paling berpengaruh didunia” menilai Nabi Muhamad saw sebagai tokoh utama yang paling berpengaruh sepanjang sejarah manusia. Menurut hart nabi Muhamad saw adalah satu-satunya orang yang berhasil meraih keberhasilan luar biasa dalam hal spiritual maupun kemasyarakatan. Hart mencatat bahwa Nabi Muhamad saw mampu mengelola bangsa yang awalnya egoistis, terbelakang dan terpecah belah oleh sentiment kesukuan menjadi bangsa yang maju dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan kemiliteran, dan bahkan sanggup mengalahkan pasukan romawi yang saat itu merupakan kekuatan militer terdepan di dunia.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim yaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa. NEXT
---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.net

Tidak ada komentar:

Posting Komentar